20 January 2009

HAPPY BIRTHDAY


Hari ni 20 Januari 2009 genap lah umur aku 32 tahun..

13 December 2008

Majlis Perjumpaan Aidil Adha


Assalamualaikum Rakan-Rakan Sekelian
Pada 08 Disember 2008 bersamaan 10 Zulhijjah 1429 yang lalu sebahagian kecil rakan-rakan kita telah mengadakan Majlis Perjumpaan Aidil Adha di rumah Mohd Syarofi bin Rashid (MatPi). Antara yang hadir memeriahkan majlis ialah Nawi, Zabidi, Zaini, Yusni, Sukaidi, Yusri, Azhar, Nasrun dan Sopi. Penghargaan dan terima kasih kepada MatPi kerana sudi mennawarkan rumahnya di Pendang sebagai tempat untuk perjumpaan majlis tersebut.

28 October 2008

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT


Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."


Renung-renumgkanlah...

21 October 2008

Ya Allah, Rahmati Negaraku Malaysia


Banjir melanda beberapa daerah di Kedah, mungkin ia bala kepada kita semua sebagai satu peringatan kepada hamba-hambanya. Setiap hari kita mendengar kes-kes yang tidak melayakkan diri kita bergelar "orang islam". Bermacam-macam maksiat berlaku, buang anak, rogol, zina dan sebagainya berlaku tanpa ada perasaan takut akan azab seksaan Allah SWT. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkanlah dosa-dosa kami semua, berkati negara kami, lindungilah kami dari bala bencana. berikanlah petunjuk kepada kami dan pemimpin-peminpin kami dalam menjalankan amanah memimpin negara amnya dan negeri kedah darul aman khususnya. amin

20 October 2008

Lawatan Ke Bangkok, Thailand


Semua kakitangan INSPIN ke mengadalkan lawatan ke Bangkok sempena hari keluarga pada 10-15 Mac 2008 yang lalu

16 October 2008

Salam Muhibah

salam.. hari ini, aku dekat office, selesaikan kerja-kerja program kursus induksi umum kumpulan III & program LANDAS di langkawi..

Esok Jumaat & Sabtu aku kerja, tak cuti la minggu ni. Minggu depan 20hb Oktober 2008 aku kena pergi KL dengan Bos..

Hujung bulan ni ada program lagi di Langkawi, letih juga la bulan ni..

Di INSPIN, aku di amanahkan sebagai Pengurus Bahagian Latihan, bahagian yang paling penting untuk menjana pendapatan dalam meneruskan hayat operasi INSPIN. Untuk makluman INSPIN ialah sebuah pusat latihan milik Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Setiap tahun kami melaksanakan tidak kurang dari 100 program untuk kakitangan awam, PBT, Swasta, NGO dan orang ramai di Negeri Kedah Darul Aman.

13 October 2008

terima kasih atas pandangan

Salam Rakan-Rakan Sekelian

Terima kasih atas pandangan dan cadangan. insyaallah, tahun depan perancangan teliti akan diatur dengan lebih baik.

program lepas, saya tidak sempat berbincangn dengan rakan-rakan mengenai cadangan program ini. hanya atas inisiatif sendiri. awalnya debaran agak terasa, takut-takut tiada yang hadir ke program tersebut. tetapi alhamdulillah penyertaan meningkat pada saat-saat akhir.