16 October 2008

Salam Muhibah

salam.. hari ini, aku dekat office, selesaikan kerja-kerja program kursus induksi umum kumpulan III & program LANDAS di langkawi..

Esok Jumaat & Sabtu aku kerja, tak cuti la minggu ni. Minggu depan 20hb Oktober 2008 aku kena pergi KL dengan Bos..

Hujung bulan ni ada program lagi di Langkawi, letih juga la bulan ni..

Di INSPIN, aku di amanahkan sebagai Pengurus Bahagian Latihan, bahagian yang paling penting untuk menjana pendapatan dalam meneruskan hayat operasi INSPIN. Untuk makluman INSPIN ialah sebuah pusat latihan milik Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Setiap tahun kami melaksanakan tidak kurang dari 100 program untuk kakitangan awam, PBT, Swasta, NGO dan orang ramai di Negeri Kedah Darul Aman.

No comments: